Anda ingin menjadi seorang ejen hartanah?
Pertama sekali anda perlu hadiri kursus NCC
Apa itu kursus NCC?
Negotiator Certification Course (NCC) adalah kursus yang diwajibkan oleh Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Property Managers atau dalam bahasa melayunya ialah Lembaga Penilai Penaksir Ejen Hartanah dan Pengurusan Harta (LPPEH) kepada mereka yang ingin mendaftar sebagai Perunding Hartanah atau Real Estate Negotiator (REN). Bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM600 untuk kursus selama 2 hari. Klik link https://kursusncc.com/ untuk lihat senarai tarikh kursus yang bakal di adakan.
Selepas menghadiri kursus. Anda boleh memilih agensi hartanah yang mana anda ingin mendaftar sebagai ejen. Atau anda boleh pilih agensi mana yang anda ingin mendaftar sebagai ejen dahulu. Kemudian agensi tersebut akan memberitahu bila tarikh kursus NCC akan dijalankan. Pilihan ditangan anda.
Selepas kursus, agensi tersebut akan uruskan proses untuk mendapatkan REN Tag. Setengah agensi anda dikehendaki menjalani training dan exam terlebih dahulu. Proses untuk dapatkan sijil kursus NCC/REN Tag akan mengambil masa 10 hari atau lebih.
Setelah mendapat REN Tag maka bermula lah kerjaya anda sebagai ejen hartanah. REN Tag perlu diperbaharui setiap tahun dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh LPPEH.
Semoga anda menjadi seorang ejen hartanah yang berjaya!